Educating The Ummah, Serving The Nation

2 06 2008

Hanya berbaki 4 hari sahaja lagi peluang saya untuk mengutip pengalaman sebanyak-banyaknya ketika bertugas di hospital. Mungkin selepas ini, saya akan ditugaskan menyempurnakan clinical posting saya di hospital lain.

Saya tertanya-tanya pada diri saya. Apakah yang telah saya lakukan sepanjang 2 bulan lebih ketika berada di hospital itu? Apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam? Adakah saya sempurnakan motto “Educating the Ummah, Serving the nation” ?

Mendidik Ummah, Berkhidmat untuk Manusia Sejagat.

Telah lama saya sedari, bidang saya ini, terlalu banyak peluang untuk mendekati masyarakat. Pelbagai lapisan masyarakat. Educated, atau golongan pertengahan, atau golongan warga asing, saya amat dekat dengan mereka. Tapi, sebanyak mana saya gunakan peluang ini untuk membawa risalah Allah, untuk mengingatkan mereka tentang ketauhidan Allah?

Pengajaran hidup yang takkan saya lupakan

Saya terasa malu dengan seorang sahabat saya. Walaupun hari cuti, dia sanggup menunggang motosikal ke hospital. Ke wad tempat dia bertugas. Semata-mata untuk menziarahi pesakitnya, semata-mata untuk membantu pesakitnya mengambil wudhuk untuk menunaikan solat. “Kalau bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi…?”

Allah, banyaknya saham akhirat untuk dia!!

Pesanan Muslimat dan keluarga al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik

3 hari lepas, wad saya didatangi beberapa orang pelawat. Berjubah dan bertudung labuh. Bila saya amati mereka, saya yakin, saya mengenali mereka. Rupanya mereka ialah Muslimat kawasan saya. Saya menegur mereka, dan Alhamdulillah,mereka juga mengenali saya.

Rupa2nya, anak Ustaz Abu Bakar Chik terlantar di katil itu. Terlibat dengan kemalangan. Motor-vehicle accident (MVA). Jadi, pada awal malam itu, saya sempat bertemu dengan ustaz Abu Bakar Chik. Tengan hati saya, dapat melihat manusia yang mempunyai wajah dan hati yang tenang.

Nasihat mereka kepada saya: “Tolong orang sakit, banyak berkatnya.”

Dan, saya rasa begitu bersemangat untuk meneruskan tugas saya!





Eid Milad Saeed

2 06 2008

besday pizza bread

 

 HARI INI HARI LAHIRMU,

HARI INI BERTAMBAH LAGI USIAMU,

HARI INI AKAN BERTAMBAH JUA TANGGUNGJAWABMU

HARI INI AKAN MENJADIKAN DIRIMU LEBIH MATANG,

DEK UJIAN YANG AKAN MENDATANG,

HARI INI AKAN MENJADI SAKSI KETABAHAN DIRIMU

MENGHARUNG ONAK & DURI,

HARI INI ALLAH TELAH MEMENDEKKAN LAGI JARAKMU DENGANNYA

SEMAKIN BERKURANG TEMPOH UTK BERAMAL,

SEMAKIN KUBUR MEMPERSIAP TEMPAT UNTUKMU,

SEMAKIN BERSEDIA MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT,

SEMAKIN DEKAT MASA AMALAN DIHITUNG,

DAN SEMAKIN HAMPIR HARUMAN FIRDAUSI ATAU AZABNYA JAHANAM

SANAH HELWAH, TINTASALSABILA 300508